🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒
Setelah mengamalkan cara penjagaan kulit muka dengan betul, anda boleh menggunakan beberapa cara rawatan dan petua tradisional di bawah untuk mengembalikan kecantikan wajah anda. Dan sudah pasti, melicinkan kulit muka anda secara total.
1. Cuci Kulit Dengan Kunyit
✔Campurkan satu sudu yogurt (yang biasa) dan satu sudu serbuk kunyit.
✔Gaulkannya sehingga menjadi satu pes.
Sapukan pada muka anda, pastikan tidak terkena mata.
✔Biarkan selama 20 minit.
✔Kemudian bilas dengan air
🚫🚫🚫🚫🚫
Namun, beberapa perkara anda perlu ambil perhatian jika berminat untuk mencuba cara ni:
✔Anda tidak digalakkan untuk mencuba kaedah ini dengan kerap sekiranya anda mempunyai kulit yang cerah. Hal ini kerana kunyit boleh meninggalkan kesan warna pada kulit. Nanti kulit anda menjadi kuning seperti dalam emoji.😆😆😆
✔Bilas mask tersebut dengan air yang bersih sahaja, jangan menggunakan sabun kerana ia boleh menanggalkan bakteria baik yang ada pada yogurt tersebut.
✔Kunyit juga boleh meninggalkan kesan warna pada kain dan baju. Jadi berhati-hati jika tidak mahu pakaian anda kotor.
2. Bersihkan Kulit dengan Cuka Epal (apple cider vinegar)
Dapatkan satu botol cuka epal dan tuangkannya sedikit ke atas tisu muka ataupun ke atas tuala muka. Sapukannya pada permukaan kulit yang berkenaan dan biarkannya selama 2 minit sebelum membilasnya.
Untuk bilasan, digalakkan untuk menggunakan air yang bersih sahaja tanpa sabun. Hal ini kerana sabun boleh menanggalkan bakteria semula jadi yang ada dalam cuka tersebut.
Ia akan memberikan bau yang kurang enak semasa penyapuan, namun akan hilang sebaik sahaja ia kering.
3. Guna Madu
Ini adalah salah satu cara yang popular, kerana ia mudah untuk didapati, murah dan senang. Madu seara semulajadi mempunyai banyak khasiat. Berikut adalah langkah-langkah melicinkan kulit muka dengan menggunakan madu:
✔Campurkan madu dan yogurt sehingga ia sebati. Kuantiti adalah mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
✔Sapukannya pada permukaan muka dan biarkannya selama 20 minit.
✔Bilas dengan air yang bersih.
✔Amalkan kaedah ini setiap hari, nescaya anda akan mendapati perubahan dalam masa 1-2 minggu. Madu tidak mempunyai sebarang kemudaratan, jadi yang risau.
4. Guna Tomato
Anda boleh melicinkan kulit muka dengan menggunakan tomato. Tomato mengandungi banyak khasiat yang boleh mengembalikan dan pengekalkan kesihatan kulit, dan lebih-lebih lagi kulit muka.
Cara-caranya adalah:
✔Tumbuk atau kisar separuh tomato sehingga menjadi pes.
✔Sapukan pada permukaan kulit secara sekata.
✔Biarkannya selama 10-20 minit.
✔Bilas dengan air yang bersih .
✔Lap muka anda dengan perlahan-lahan.
✔Selain menjadikan tomato sebagai mask, anda juga boleh mengamalkan pemakanannya, jadikannya salah satu diet harian anda. Tomato sangat baik untuk kesihatan kulit.
5. Hindari dan Buang Semua Sumber Kotoran pada Muka
Kuman, bakteria, habuk, minyak dan lain-lain boleh menyebabkan muka anda tumbuh jerawat, kemerah-merahan, ruam, bintik-bintik hitam dan lain-lain.
Perkara-perkara tersebut mudah menghinggapi kulit muka anda melalui medium dan perlatan yang kerap ada persentuhan dengan muka anda. Antaranya adalah tangan, telefon bimbit, sarung bantal, cermin mata dan lain-lain.
Untuk mengelak daripada perkara tersebut daripada berlaku (selain menjaga kebersihan muka), anda perlu kerapkan membasuh peralatan tersebut
Jangan lupa klik LIKE page ini untuk tawaran hebat!!
https://www.facebook.com/dms360produkkecantikan/
Untuk tempahan sila hubungi 👇👇
https://www.facebook.com/dms360produkkecantikan/messages/
atau 👇👇
WhatsApp “DMS” ke +6019-5239247
WhatsApp “DMS” ke +6019-5239247
WhatsApp “DMS” ke +6019-5239247





Tiada ulasan:
Catat Ulasan