Kecantikan bermula dari diri sendiri

Sabtu, 1 Oktober 2016

Apakah perbezaan antara "Sunblock" dan "Sunscreen"


Jangan lupa klik LIKE page ini ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡untuk tawaran hebat!!

https://www.facebook.com/dms360produkkecantikan/

Untuk tempahan sila hubungi ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://www.facebook.com/dms360produkkecantikan/messages/

atau ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

WhatsApp “DMS” ke +6019-5239247
WhatsApp “DMS” ke +6019-5239247
WhatsApp “DMS” ke +6019-5239247



Di antara pelbagai pilihan produk pelindung matahari yang ditawarkan di pasaran , menentukan produk yang tepat untuk anda kadang boleh sangat mengelirukan . Kebanyakan orang tidak mengetahui ada perbezaan jelas antara sunscreen dan sunblock , beserta manfaat yang terkandung di dalamnya . Berikut beberapa istilah yang perlu anda ketahui.

Broad Spectrum

Ada dua jenis sinar matahari : UVA dan UVB . Huruf A pada UVA bererti " Aging " ( penuaan ) dan B pada UVB artinya " Burning " ( pembakaran ) . Tabir suria yang mengandungi UVB lebih popular sejak zaman dahulu , tetapi yang sebenarnya anda perlukan adalah produk pelindung matahari yang bertuliskan " Broad Spectrum " , artinya produk pelindung matahari tersebut mempunyai ciri-ciri pelindung dari kedua-dua sinar UVA & UVB.

Lalu, apa bezanya sunscreen dengan sunblock?

Terdapat dua jenis dari produk pelindung matahari , kimia dan fizikal . Masing - masing mempunyai fungsi dan cara kerja yang berbeza untuk melindungi kulit anda.

Sunscreen
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Sunscreen , atau tabir suria , adalah losyen cecair kimia yang bertindak sebagai penapis sinar matahari . Losyen sunscreen masuk ke dalam kulit dan akan menyerap sinaran UV sebelum mencapai lapisan kulit anda dan merosakkannya . Namun , tetap akan ada sebahagian sinar matahari yang diserap oleh tubuh . Tekstur sunscreen lebih tipis dan akan tidak kelihatan pada kulit apabila diaplikasikan.

Contoh produk sunscreen antaranya ialah krim siang atau pun lotion. Namun, paling popular di Malaysia ialah produk kecantikan wajah krim siang beserta SPF ini kerana krim siang mampu bertindak sebagai krim pelembap, pencerah dan menahan sinar UV.

Sunblock
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Sunblock mengandungi mineral seperti zinc oxide atau titanium dioxide yang membina lapisan di atas permukaan kulit , berfungsi sebagai dinding penghalang kulit dari sinar matahari . Tekstur losyen sunblock lebih kental , berwarna putih susu , dan dapat dilihat jelas oleh mata . Sunblock adalah cadangan perlindungan terbaik jika anda mempunyai aktiviti berjam - jam di bawah sengatan matahari , seperti berenang atau bermain di pantai .

Terdapat pelbagai jenis sunblock, kebiasaanya produk foundation adalah berasaskan sunblock dan mempunyai skala SPF 30 hingga SPF 50.

Produk mana-mana yang anda pilih , penting untuk memilih tahap SPF yang terbaik untuk anda . Para ahli mengesyorkan untuk menggunakan pelindung matahari yang mempunyai ciri-ciri tahan air dengan liputan SPF 30 hingga 60. Selain itu , pastikan setiap produk yang anda gunakan mengandungi komposisi penangkal UVA seperti : zinc oxide , titanium dioxide , avobenzone , ecamsule , and oxybenzone .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan