Kecantikan bermula dari diri sendiri

Sabtu, 1 Oktober 2016

Antara Penyebab terjadinya kulit tidak sekata



1. Sinaran Cahaya Matahari : Apabila kulit selalu terdedah kepada cahaya UV, terjadinya kemusnahan pada kulit maka pembentukan tompok coklat akan terjadi. Ini kerana terlalu banyak melanin ( sel yang mengawal warna kulit ) terhasil kerana kulit bertindakbalas untuk melindungi kulit daripada cahaya UV.

2. Kulit tidak sekata apabila sesetengah bahagian pada kulit menjadi lebih gelap daripada warna yang asal. Ini disebabkan oleh parut akibat jerawat atau kulit yang lika.

3. Hormon : kulit tidak setaka juga disebabkan oleh hormon yang mengeluarkan jeragat yang aktif (hyper-pigmentation). Selalunya kulit tidak sekata ini terjadi kepada orang yang mengandung. Dimana ia juga dikenali sebagai “mask of pregnancy”, mengambil ubat pil kehamilan, ubat ataupun reaksi kepada kosmetik. Ia boleh mengurang atau melebihkan pengeluaran melanin.
POTENSI PIGMENTASI :
- 75 % orang yang megandung
- 33 % ubat pil perancang
Tetapi bila bersalin dan tidak mengambil ubat pil perancang lagi, hormone kita akan berubah. Pigmentasi akan berkurangan atau sesetengahnya pigmentasi terus akan hilang.

4. Tidak memakai krim pelindung tabir (sunscreen) yang tidak cukup SPF juga akan menyebabkan sesetengah bahagian kulit berisiko menjadikan kulit lebih gelap dari kulit asal.

5. Selalunya orang hanya memakai sunscreen apabila ingin keluar rumah sahaja. Tetapi apabila dirumah, telah terbiarkan muka tanpa pakai apa-apa pelindungan. Maka cahaya matahari masih boleh terpancar melalui ruang dapur, balkoni. Kulit tetap akan jadi tidak sekata.

6. Bawah mata selalu terjadinya warna tidak sekata ini. Ini kerana selalunya terjadi kepada sesiapa yang selalu tidur lewat dan memandang computer dalam jangka masa yang lama. Pembentukan toksin akan terbentuk dan terkumpul hingga terjadinya dark eye ring.
Bahagian kulit wajah yang sering kali terkena kulit tidak sekata :
- Sekeliling tepi mulut.
- Bawah mata.
- Sekitar pipi (atas cheekbone)- pigmentasi / tompok coklat.
- Dagu.
- Dahi. Jika lama-kelamaan dibiarkan, setiap bahagian ini boleh bercantum menjadi 1 patch (gabungan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan