1. Ambil Sayuran
ππSayur-sayuran adalah sebahagian daripada diet sihat untuk mana-mana amalan diet yang diamalkan. Sama ada anda berminat untuk memcantikan badan, atau hanya mahu untuk mengimbangi keadaan badan , sayur-sayuran membantu dalam meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan dengan memaksimumkan usaha penurunan berat badan anda.
ππDikatakan bahawa hanya makan 8-9 hidangan sayur-sayuran dalam sehari, anda boleh meningkatkan imuniti badan anda daripada penyakit seperti kencing manis, kanser dan penyakit jantung.
ππ Berikut ialah sayur-sayuran yang terbaik untuk anda tomato, brokoli, kobis, lobak, asparagus, kentang, terung, cili besar, bayam, bawang.
2. Hadkan Pengambilan Fast Food
ππ Kalau boleh elakkan pengambilan Fast Food dan snek-snek yang tidak menyihatkan. Makanan ini telah diproses secara halus menggunakan bahan kimia supaya makanan ini tahan lebih lama
3. Makan Secara Perlahan
ππ Makan secara perlahan dapat membantu perut anda untuk memberitahu otak bahawa anda sudah kenyang dan sekaligus membantu anda mengurangkan pemakanan dan berat.
ππ Makan atau kunyah makanan dengan perlahan dapat mengurangkan kemasukan angin ke dalam badan
4. Banyakkan Meminum Air
ππSeperti yang kita tahu, air sangat diperlukan oleh sistem badan dan jika badan kita tidak mendapat air yang mencukupi, sistem badan kita tidak akan dapat berfungsi dengan betul. Minum air sekurang- kurangnya 2 liter sehari, 3 liter adalah lebih digalakkan.
ππMinum air sebelum makan dapat mengurangkan selera makan dan dapat mencegah dari merosakkan diet anda. Selain itu, meminum air sejuk dapat membantu merangsang metabolisme kerana badan anda akan berkerja keras untuk memanaskan air sejuk tadi, ini akan membantu mengurangkan kalori anda.
5. Sarapan Pagi
ππMengambil Sarapan pagi amat penting untuk memulakan hari anda, jika anda terlepas mengambil sarapan pagi ia boleh mengakibatkan diet anda terganggu dan lari dari perancangan. Mengambil sarapan pagi dapat memberikan anda tenaga dan akan lebih produktif untuk lakukan kerja seharian, sekiranya anda terlepas sarapan pagi anda akan terasa lapar dan akan mengambil makanan berlemak dan bergula pada waktu makan tengahari, sekaligus menjejeaskan diet anda.
6. Lakukan Yoga
ππYoga adalah satu senaman yang melibatkan tubuh badan dan juga mempunyai hubungan dengan jiwa, membantu menenangkan diri. Keadaan diri yang tenang dapat membuat minda anda lebih peka dengan keadaan sekeliling anda, membuat anda lebih peka kepada cara pemakanan dan diet anda(apa yang patut anda makan dan apa yang tidak patut). Banyak kajian telah dilakukan mengenai yoga dimana ia satu aktiviti yang dapat membantu dalam mengurangkan berat.
7. Lakukan Senamam Otot
ππSeiring dengan amalan diet anda, senaman otot dapat mempercepatkan lagi pengurangan berat badan, selain pengurangan berat ia juga dapat memberi impak kepada bentuk badan yang menarik sebagai bonus. Anda tidak perlu melakukan senaman ini seperti pembina badan, tidak perlu lakukannya terlalu berat, cukup sekadar memberi badan anda berkerja untuk membuang kalori seperti 'jumping jack' , 'bear walking', 'seal jack' dan lain-lain atau anda boleh lakukan zumba untuk senaman ini.
ππIni adalah satu aktiviti paling mudah dan tidak begitu berat. Jika anda tidak ingin terasa penat atau terasa ia hanya untuk satu aktiviti pengurangan berat badan, cuba pergi ke mall dan pastikan anda pergi kesemua tingkat sambil sambil "window shopping", gunakan tangga lebih baik dan sebaik-baiknya elakkan menggunakan lif.
8. Ambil Protein Secukupnya
ππTubuh kita memerlukan protein untuk berfungsi, setiap hidangan diet anda perlulah ada protein yang diperlukan. Secara umumnya, pengambilan protein bergantung kepada usia, jantina dan berat tetapi orang dewasa sekurang-kurangnya memerlukan lebih kurang 65 gram daging, 2 telur dan satu gelas susu.
9. Ukur Diri Anda
ππKenal pasti diri anda dan selalu ambil tahu berapa berat badan dan ukuran pinggang anda, ini dapat membantu anda untuk menetapkan gol yang anda impikan. Sentiasa cuba untuk membuat perubahan setiap kali anda ukur diri sendiri kerana dengan ini ia secara tidak sedar akan membuatkan diri anda lebih bersemangat dan terus bersemangat. Tetapi jika anda dapati tidak ada perubahan, cuba cari tahu jika ada permasalah tentang pengambilan diet anda, samaada diet anda betul atau tidak.
10. Makan Buah- Buahan
ππSesetengah buah- buahan dapat membantu anda membakar kalori selain memberi rasa kenyang dan memberi diet yang sihat untuk anda. Ini 7 jenis buah yang dapat membantu anda untuk membakar kalori : Tembikai, Guava, Apple, Banana, Pear, Oren dan tomato.
11. Berhenti Mengambil Minuman Bergas
ππMengapa tabiat ini perlu dihentikan? Minuman bergas selalunya mengandungi kandungan gula yang banyak dan tinggi kalori. Mengurangkan pengambilan gula membantu anda mengurangkan berat badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan